Misteri Kereta Usang Menjela Jadi Teksi

(UNTUK DENGAR MUZIK LATAR SAMBIL MEMBACA TAP "LISTEN IN BROWSER" ) Misteri Kereta Usang Menjela Jadi Teksi Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu. Suatu kejadian yang sukar dipercayai tetapi benar-benar saya alami semasa baru sebulan berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu, kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang. Waktu itu selepas solat Maghrib, saya bersama kakak sedang dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian untuk kumpulan nasyid Alsyahidah. Setibanya di persimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba-tiba bermasalah. Dalam keadaan tidak berdaya, saya lari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya yang bekerja syif malam. Kakak membuat keputusan untuk meninggalkan kereta di tepi jalan dan menunggu hari esok. Kami berjalan perlahan-lahan sepanjang Bedok/Chai Chee sambil mencari teksi yang kosong. Selepas hampir sejam menunggu tanpa hasil, kami keletihan. Tiba-tiba, sebuah teksi muncul di hadapan k...