Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel raya

FILEM PENDEK KETUPAT JANTAN KETUPAT

Imej
 SAKSIKAN FILEM PENDEK KETUPAT JANTAN KETUPAT BETINA PADA 25 MARCH 2025 JAM 9 MALAM DI PLATFORM YOUTUBE❗❗❗ PENAMPILAN KHAS❗ - YB. Tuan Abu Bakar Bin Hamzah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan, Kebudayaan & Seni / Pembangunan Luar Bandar) - ZEEL Production - Cikgu Bri BlackFire Kami Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Kepada Seluruh Anak Perlis

Ketupat Jantan Ketupat Betina

Imej
Menjelang sambutan lebaran, YB Abu Bakar Bin Hamzah bersama Pekida Creative Group telah menghasilkan sebuah drama pendek berjudul Ketupat Jantan Ketupat Betina bagi memeriahkan suasana. Pengambaran yang berlangsung hampir sebulan itu melibatkan pelbagai lokasi menarik di negeri Perlis, sekaligus mempromosikan destinasi pelancongan yang boleh dilawati oleh pengunjung yang ingin melancong ke negeri tersebut. Beberapa artis terkenal turut membintangi drama pendek ini, antaranya Cikgu Yaakob, Haji Zil, dan ramai lagi. Pengambaran berakhir semalam, 21 Mac 2025, di Teratak Kayu Sungai Berembang, Perlis. Drama pendek ini dijangka akan ditayangkan pada 25 Mac 2025, memberi kegembiraan kepada penonton yang menanti karya ini. Dengan penyertaan pelakon-pelakon hebat dan latar belakang lokasi yang menawan, drama pendek ini bukan sahaja memberikan hiburan, tetapi juga memperkenalkan keindahan Perlis sebagai destinasi pelancongan yang menarik.