ASAL USUL LAGU NEGARA KU


ASAL USUL LAGU NEGARA KU
 

    Lagu Negaraku mempunyai riwayat cerita yang tersendiri dan panjang. Pernah di ceritakan oleh Raja Aminah anak kepada Sultan Abdullah, pertama kali mendengar lagu itu di Mahe dalam pulau seychelles, semasa Ayahanda nya Sultan Abdullah tinggal di situsebagai orang buangan.
    Lagu itu selalu di mainkan oleh pasukan pancaragam orang Perancis sebagai huburan kepada orang yang hadir peda setiap hari selasa. lokasi pancaragam itu juga berhampiran dengan rumahnya di tepi pantai.
    Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1892 semasa Raja Aminah berusia 8 tahun. Hal ini juga di akui oleh Kekandanya Raja Halijah. Lagu itu sangat di sukai ramai sehingga menjadi siulan orang yang mendengarkannya.
    Dengan ingatan yang sangat jelas irama lagu itu, Raja Aminah dpat memastikan iramanya sama dengan lagu Negaraku masa kini.
    Semasa Raja Abdullah dalam buangan, Raja Chulan ada beberapa kali melawat ke pulau itu. Beliau mendengar lagu yang di mainkan oleh pancaragam itu dan mempelajarinya sendiri lagu itu. Beliau memainkanya semula dengan menggunakan biola.
    Apabila pulang ke negeri Perak, Raja chulan telah memperdengarkan lagu tersebut kepada Raja Mansur yang tidak pernah ke Seychelles.
    Begitulah cerita perjalanan lagu negaraku sampai ke tanah melayu.



 

Comments